September 6, 2012

sahabat atau kawan?

salam and good evening :)
mari kita menggali dengan lebih dalam berkenaan tajuk entri kali ni .

Sahabat
*Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
*Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
*Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
*Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan 
*Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
*Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .
*Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

(petikan dari gelagatkita )

Kawan (friend)dan sahabat.Kata Dr Tuah,ada beza antara kawan dan sahabat.
"Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala
kita amat memerlukan dia.Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan
sedia bersama kita dalam semua keadaan;susah ke,senang ke,sahabat
tetap akan setia." (Dr Tuah,Nak ke Tak Nak)

Atau sahabat yang membuat kita rasa lebih kenal diri kita dan berusaha menjadi yang terbaik.Mungkin hanya dengan baris-baris kata atau perlakuan yang dapat kita contohi.Mungkin kita pernah dengar pepatah Arab ini:
"Bersahabatlah dengan penjual minyak wangi,kita akan menerima percikan wangiannya,manakala bersahabat dengan tukang besi,percikan api akan mencarikkan baju kita."

Jom kita bandingkan apa yang di katakan kawan dan apa yang dikatakan sahabat. Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir dikala senang dan gembira tetapi sahabat hadir dikala susah, senang, sedih dan gembira. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa menjaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya, sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya yang sedang terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi dikala kawannya susah dan sedih, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan. Kawan hanya sekadar suka berbual tetapi sahabat berbual, berbincang dan berkongsi pendapat. Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernahkah kalian mendengar istilah “sahabat makan sahabat”?

Terserah anda untuk memilih.Itu hak anda.Bagi aku,ini yang aku pilih.

Diberi pilihan -

"100 kawan atau 1 sahabat?"
-Aku pilih sahabat. 

P/S: Jadi apa kata anda? Carilah sahabat berbanding kawan kerana sesungguhnya sahabat itu nilainya lagi tinggi dari seorang kawan. 
( petikan dari myhazman )

p/s: Tapi bagi aku,nak cari seorang sahabat yg betul-betul seperti kata sumber diatas sangat susah.Aku memang ramai kawan,rakan,kenalan dan seangkata dengannya,tapi sahabat?entahlah :')

Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN,

TAK semua rakan boleh jadi TEMAN,

TAK semua teman boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT, 

TOLONG HARGAI KEHADIRAN MEREKA DI SISI ANDA.......
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan.. jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena  ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita.  Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..
 
Tanya pada diri! 

ADAKAH SAYA ATAU ANDA, TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
Jika anda dalam kategori sahabat, 
Alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda, 
Beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda,
Maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik,
Sahabat yang bersahabat kerana Allah, 
Sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan ,
Contohilah bagaimana sahabat2 dizaman  RASULLULLAH SAW..
Itulah yang dinamakan SAHABAT.

Sayangi sahabat dan kawan kita.. 
(petikan dari bicara-hati-mama)


 last but not least,sekurang-kurannya aku tetap ada kawan yang sometimes buatkan hari-hari aku ceria :'D
thanks FRIEND !!!

0 wangi: