September 15, 2014

miss them so much !

hye, good morning!
da lama rasanya tak update blog. a little bit wierd na update blog ni. why? don't ask me because aku sendiri pun takde jawapannya. nak kata buzy, tidak la begitu buzy. bole je nak update blog. nak kata takde idea na taip ape, banyak je sebenarnya topic nak di share. tapi bile da sign in blog , terus BLANK ~

al kisahnya hari ini adalah aku sangat sangat rindukan gurauan rakan-rakan aku yang sekarang ni tengah bertungkus lumus belajar, buat assignment and exams. adat lah kan berpisah dengan kawan-kawan lepas habis sekolah menengah. ada yang ke utara, selatan, timur dan barat. kira merata-rata tempat la kawan aku berada sekarang ni. dulu setempat je. belajar punya pasal, terpaksalah berenggang seketika. takkan nak berkepit je duopuolohempotjom ye dak ? untuk masa depan kita juga kan. i hope our freindship takkan putus sampai sini je ye. always love you =)

oh, sekarang aku student pra-universiti a.k.a form six. sekarang form six da guna semester (3 sem je) and baju bebas. no baju sekolah lagi. cuma disebabkan sekolah kitorang share dengan budak-budak form1-5, terpaksalah kena ikut peraturan and jadual persekolahan seperti yang ditetapkan. no handphone and gadget in my school. tapi tak tau la sekolah lain. haa, laptop dibenarkan. itu semestinya. ye dak?
aku sekarang ambil art course. ada subjek pengajian am (PA), pengajian perniagaan (PA), ekonomi (EKO) dan sejarah (SEJ). PA gagal, semua gagal. kiranya PA wajib lulus la bagi kami. right now, so far so good la.

hem, 2 hari lepas kami tingkatan 6 atas & bawah (preU) ada family day kat Tanjung Puteri Resort. al-kisahnya, kami (aku & 2 orang rakan) sesat nak kesana. gerak dari rumah jam 7.30am tapi sampai jam 8.45am. gila kau lama. takde la jauh sangat dari rumah sebenarnya, cuma ta familiar je kat kawasan sana. padahal still area Pasir Gudang. erhhh, na dibuat cerita, kami sesat pun sebab ta sabar-sabar nak sampai. da call kawan ajak saing, aku tunggu kat satu tempat. tapi waktu tu kawan-kawan aku yg lain da call bila nak sampai sebab event da start jam 8. and kami pun tunggu la kawan yang aku ajak saing tu. tunggu punye tunggu masa berlalu. jejak jam 8.20am. kami gerak je la lepas text budak yang kami ajak saing tu. kami pun jalan jela. asal nampak sign board destinasi yang kami nak tuju tu, kami follow je sampai la satu jalan ni ada 3 simpang and kat situ da takde sign board Tjg. Puteri Resort. kami bertiga da cuak plus nervous plus @#$%^&*. kami pun ikut la arah kiri. jalan punye jalan, tiba-tiba nak masuk highway and ada pelabuhan. haaa! cuak habis kami masa tu. sebaik depan tu ada u-turn. then lepas u-turn konon nak patah bailik kawasan mula-mula kami masuk, tapi ta jumpa and dua kali kami lalu kawasan yang sama. kali yang ketiga kami jumpe simpang tiga tu. then cuba la masuk belah kanan. dalam hati macam-macam doa ade. yang kawan aku sorang tu tak habis-habis 'nervous, nervous,nervous' and aku pun macam @#$% and sabar jela. bagi aku, cubalah fikir positif bila dalam situasi begitu and doa supaya selamat sampai. ye dakk ? ini tak, makin dihuru-hara kan keadaan yang da tersedia huru-hara. haihh, pening kepala dibuatnya. finally, sampai juga destinasi tersebut. kalau masa tu kami belok arah kanan, da sampai awal. tak smapai 5 minit da sampai lepas dari simpang tiga tu. sampai sana, buat muka ta bersalah sebab dtg lambat and rupanya kawan yang aku ajak saing da sampai awal dari kami dulu. tula, ta SABAR sangat nak sampai kannn.

lepas daftar, terus join diorang semua. kami dibahagikan kumpulan dari A-P. macam-macam game ada. nama game tu ta tau tapi ada tarik tali,kumpulkan getah gulung dengan cara bagi getah gulung kat kawan guna straw, balut kawan jadikan MUMMY guna dua gulung tisu, kumpulkan belon air melalu baling belon air kat kawan ke belakang, bola baling dalam kolam and cari alphabet dalam kolam dan jadikan perkatan 'nama sekolah'. memang fun la. lepas main game kat air, terus kitorang semua berendam. da mcam kanak-kanak riang. langsung hilang titile remaja. HAHA. mandi ta hengat dunia. budak lelaki pun still main gelungsur, padahal gelungsur tu kecik je khas untuk budak-budak punye. macam-macam gelagat la ada. lepas berendam and visel pun da bunyi, terus bilas and tukar baju for the next activity. next activity, makan-makan then kami kena buat show atas stage ikut kelas. sangat fun.ada yang dancing kpop, joget ala-ala orang dulu like Saloma & P.Ramlee, tarian hindustan, lakonan, nyanyi lagu melayu & english. haha. enjoy this picture. yang aku sempat bergambar jela ye. tak semua :)






TERIMA KASIH !